Sunday, May 17, 2015

TEKNIK PUKAU PELANGGAN – BAGAIMANA SKRIP PEMASARAN AJAIB MEMBANTU TINGKATKAN JUALAN

Salah satu kelemahan kita sebagai usahawan Facebook yang baru bermula adalah tak tahu bagaimana nak  tingkatkan jualan.
Masalah yang biasa timbul ialah:
–> Dah ada orang tanya mengenai Produk kita. Bila tanya, prospek tersebut senyap. Bisu tanpa kata. Pernahkah anda hadapi masalah ini?
Ada 2 Faktor utama kenapa perkara ini berlaku:
1) Prospek tersebut betul-betul tidak berminat dengan produk kita.
– Ye benar, ini sebenarnya yang berlaku. Prospek tersebut bukan pelanggan kita. Mereka “tak layak” pun jadi pelanggan kita kerana berkemungkinan besar mereka bertanya hanya kerana mahu membuat survey harga dahulu daripada semua peniaga yang menjual produk yang sama.
Besar kemungkinan juga, yang bertanya itu sendiri adalah peniaga yang mengintip strategi pemasaran kita. ðŸ˜‰ Pernah terfikir? Ya, ini sebenarnya yang berlaku. Jadi jangan kecewa sangat kalau yang tanya itu menyepikan diri tanpa kata :)
2) Duit tak Cukup.
Ini adalah golongan benar-benar berminat dengan produk yang kita iklankan. Mereka berminat, tetapi senyap, besar kemungkinan mereka ini tiada duit lagi untuk membuat pembayaran kerana belum menerima gaji dari majikan.
Golongan ini yang perlu kita focus. Jadi tugas kita sebagai peniaga ialah melakukan follow up.
Antara contoh skrip follow-up yang boleh kita gunakan ialah:
Prospek : “Salam saya tiada duit lagi boleh ke saya bayar bila dapat gaji nanti”
Jurujual: “Salam boleh. :) tangguhkan dulu pembelian, tapi bolehkah sekiranya cik berikan kami kebenaran untuk followup cik melalui SMS nanti untuk respond yang lebih pantas? Boleh kami dapatkan no telefon cik? :)”
Prospek : “Boleh. Ini no phone 019-893xxxx”
Jurujual : “Terima kasih. Bila sudah tiba hari gaji nanti kami SMS cik ye :) “
PS : Tips penting berinteraksi dengan bakal pelanggan kita adalah kita perlu sentiasa akhiri perbualan kita dalam bentuk pertanyaan. Kenapa?
Sebab manusia lebih cenderung untuk bertindak balas dengan setiap pertanyaan dari manusia lain. Contoh: “Awak dah makan ke belum?” Jawapan yang mungkin kita jangka ialah “ye! dah makan! :) ” ATAU “Belum lagi :( “
——–
Bagaimana ingin melakukan follow up jika tiada database prospek tersebut?
——–
Dalam Ebook Skrip Pemasaran Ajaib , kami ada ada terangkan kepentingan menjaga database prospek (bakal pelanggan kita) serta cara untuk collect database tersebut.
Dengan database pelanggan kita mampu tingkatkan jualan pelanggan. Dengan database pelanggan juga kita sesuatu bisnes itu mampu berkembang dan menjamin survival untuk tempoh masa yang panjang.
Klik Sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kepentingan database pelanggan.